ASSALAMUALAIKUM
Pada 24 Oktober 2012, Tadika Ceriaku telah menjalankan pertandingan mewarna peringkat Negeri Melaka anjuran RHB Bank bersempena dengan Majlis Konvokesyen Tadika Swasta Negeri Melaka 2012. Aktiviti ini telah diadakan dengan jayanya bersama kerjasama daripada pihak ibu bapa dan guru-guru. Pada pagi yang damai dan ceria, murid-murid Tadika Ceriaku telah bersedia seawal pukul 8.00 pagi untuk menanti kedatangan pihak RHB Bank.
Tepat jam 9.40 pagi wakil pihak RHB Bank, Encik Khairul, telah datang ke tadika kami untuk mengendalikan program ini. Pihak bank telah menyediakan cenderahati untuk semua murid-murid yang menyertai pertandingan ini. Seramai 24 orang murid telah menghantar borang untuk menyertai pertandingan ini. Sebanyak RM10 bayaran dikehendaki bagi setiap penyertaan dan pembukaan akaun RHB Bank.
Pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori pertama untuk murid-murid 3 dan 4 tahun, serta kategori kedua untuk 5 dan 6 tahun. Murid-murid kelihatan begitu gembira dan ceria sepanjang aktiviti dijalankan. Pertandingan mewarna ini berlangsung selama 45 minit dan berakhir pada jam 10.35 pagi dengan jamuan ringkas untuk wakil pihak bank yang hadir.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak RHB Bank atas program yang dijalankan. nama bagi para pemenang akan diumumkan pada Majlis Konvokesyen Tadika Swasta Negeri Melaka yang akan diadakan pada 3 November 2012 yang akan datang. SEMOGA BERJAYA ye adik-adik (!)
![]() |
KATEGORI 3 dan 4 tahun |
![]() |
KATEGORI 5 dan 6 tahun |
![]() |
A BIG THANK YOU :) |
No comments:
Post a Comment