Thursday, December 13, 2012

Fashion-Show Si Comel

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah. Berjumpa kita untuk kesekian kalinya. Bagi menutup tirai tahun 2012. Tadika Ceriaku sekali lagi telah menyertai satu lagi majlis besar bagi meraikan bakat anak didik kami. Pada 9 Disember 2012 yang lalu, Tadika Ceriaku telah menyertai Pertandingan Pakaian Beragam anjuran Persatuan Belia Negeri Melaka yang dianjurkan di Datara Pahlawan Melaka bersempena Karnival Jom Layan Orang Muda. 

Setiap tadika dihadkan penyertaan tiga orang peserta dengan tema bebas. Hampir 20 tadika yang menyertai pertadingan ini dan antaranya ialah Tadika Ceriaku. Kami telah menghantar wakil seramai 3 orang yang masing-masing bertemakan Sweet Indian Girl, Eskimo Boy, dan Sweet Chinese Girl. Dengan bakat yang ada, dan usaha sama daripada ibu bapa dan guru-guru untuk melatih mereka, hasilnya adalah yang terbaik. Tiada masalah yang timbul sama ada tangisan mahupun segan silu. Begitu juga dengan peserta daripada tadika lain. Kami sangat bangga dengan bakat dan keyakinan mereka. 

Sweet Indian Girl :)

Sweet Chinese Girl :)

Eskimo Boy :)

Walaupun tidak meraih hadiah lumayan yang disediakan. Tetapi kami tetap menghargai dan bangga atas apa yang mereka telah lakukan. Susah untuk kita lihat anak-anak sekecil 4 dan 5 tahun itu mampu memperagakan pakaian cantik mereka seolah-olah seorang model atau Miss Universe yang sedang memperagakan baju mereka yang direka khas oleh pereka terkenal yang berjuta harganya di pentas international. Cukup bangga! Tahniah kami ucapkan kepada adik-adik yang berjaya. 

si cantek dan kacak :)
comelnye mereka :)



Inilah aktiviti terakhir bagi sesi 2012. Moga tahun depan kami diberi kesempatan untuk mengadakan pelbagai aktivti yang lebih menarik. Doakan kesejahteraan dan kejayaan kami dan anak didik kami. Kepada si cantik anggun dan kacak bergaya, moga success selalu! :)

TADIKA CERIAKU :)

Konvokesyen 2012

ASSALAMUALAIKUM

Pada 3 November 2012 yang lalu, Tadika Swasta Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Konvokesyen Peringkat Negeri bagi tahun 2012. Konvokesyen ini telah diadakan secara besar-besaran di Rumah Media, MITC, Ayer Keroh, Melaka. Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pelajar tadika swasta di seluruh negeri Melaka khususnya pelajar 6 tahun yang bakal menjejakkan kaki mereka ke alam persekolahan (Tahun 1) pada tahun hadapan. 

Hampir kesemua tadika swasta di negeri Melaka turut menyertai majlis konvokesyen ini. Ramai ibu bapa yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis untuk menghargai anak-anak mereka. Terima kasih kami ucapkan. Dengan berkat kerjasama daripada anak-anak, guru-guru dan ibu bapa majlis ini telah berjaya dilaksanakan dengan sempurnanya. Alhamdulillah. Persembahan yang dipersembahkan oleh adik-adik kita telah menambat hati para tetamu. Bakat yang ditonjolkan membuatkan para guru berasa berpuas hati atas usaha yang dikerah bersama mereka. 

Para pelajar Tadika Ceriaku turut menyertai Majlis Konvokesyen tersebut. Terserlah keceriaan di wajah mereka sewaktu kaki melangkah kepentas untuk menerima sijil khas yang disediakan untuk mereka bagi menghargai titik peluh mereka selama menuntut di tadika masing-masing. Terpancar wajah kegembiraan ibu bapa melihat anak-anak mereka yang sekecil itu telah menunjukkan kejayaan yang amat besar kiranya bagi peringkat mereka. Tahniah diucapkan kepada anak-anak didik kami semua. 

Kepada mereka yang bakal memasuki alam persekolahan tahun 1. Semoga berjaya kami ucapkan. Doa kami sentiasa bersama anda. Kepada adik-adik yang masih belajar di tadika, teruskan usaha dan moga berjaya kelak seperti kakak dan abang mu itu. Moga lebih ramai lagi si kecil yang berjaya yang bakal kami lahirkan. In syaa Allah. Aamin :) 


Pelajar Tadika Swasta Negeri Melaka :)

Anak Didik Tadika Swasta :)



Si Kecil Tadika Swasta :)

Persembahan murid 

TAHNIAH (!)
*antara yang berjaya

TAHNIAH (!)
ANAK DIDIK TADIKA CERIAKU :)

# keceriaan anda sentiasa bersama kami

Followers