Sunday, February 5, 2012

PENDAFTARAN 2012

ASSALAMUALAIKUM
and a very GOOD EVENING for non-muslim :)

Alhamdulillah. kita sudah sampai ke awal bulan Februari. Kali ini kami akan berkongsi serba sedikit mengenai perjalanan Tadika kami pada permulaan tahun 2012. Dengan berkat usaha sama para guru dan pengasuh, pendaftaran bagi sesi 2012 yang telah dibuka berjalan lancar dan mendapat sambutan yang hangat. Tidak diduga yang kami akan menerima begitu ramai anak-anak baru dan juga anak-anak yang lama yang tetap bersama kami. Kami berasa sangat gembira.


Melihat semangat anak-anak yang datang seperti ingin ke sekolah besar dengan pakaian yang serba baru dari atas sampai ke bawah walaupun hanya ingin ke tadika. Gelagat anak-anak kecil ini sangat lucu. Seperti biasa, pada awal tahun suasana agak sibuk kerana kami menerima pendaftaran baru dan pada masa yang sama kami perlu memulakan sesi permbelajaran seperti biasa. 

Seperti tahun-tahun yang lalu. Jadual aktiviti dan silibus pembelajaran masih sama tetapi cara para guru mengajar mungkin sedikit berlainan. Para guru telah menggunakan teknik yang lebih menarik untuk memudahkan anak muridnya faham tetang apa yang diajari dan juga supaya mereka tidak bosan. Untuk menyambt pendaftaran anak-anak pada tahun 2012, kami telah menceriakan lagi suasana dengan imej tadika yang baru. 




Kami berharap akan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan untuk sepanjang tahun ini. InsyaAllah. Untuk pengetahuan semua, harga yang telah ditetapkan buat masa ini masih sama dan tiada perubahan. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah, boleh berbincang dengan pihak kami. Kami akan menyediakan layanan yang terbaik untuk anak-anak pada tahun 2012. Moga Allah mempermudahkan segalan urusan kita bersama pada tahun baru yang CERIA ini. Aamin~


pelajar tahun 6 (2011)

Followers